Pertama kali aku menjalankan aktiviti perkhemahan di Gunung Ledang ialah pada ketika umurku 7 tahun. Aku bersama ayah, kami berdua sahaja. Gunung ini merupakan tempat pertama juga bagiku tidur di dalam hutan tebal. Memang pada ketika itu aku cukup rasa gementar apabila mula menjejakkan kaki ke tempat yang tidak biasa aku lalui. Tambahan lagi pada ketika itu aku masih kecil dan tidak tahu langsung tentang ilmu hutan. Aku tidak menjangkakan yang gunung ini akan menjadi tempat kegemaranku yang akan aku ziarahi selalu.
Jika dibandingkan Gunung Ledang dahulu dan sekarang memang jauh bezanya.... dahulu tangga batu yang disediakan hanya pada laluan permulaan dan hanya ada satu sahaja tangga batu yang tinggi, berbanding sekarang sudah terdapat hampir 3 tangga batu. Aku masih ingat denai yang kami lalui pada masa itu, meskipun masih di awal pendakian tiada bantuan sokongan yang disediakan seperti tali dan sebagainya. Untuk mendaki kami bergantung penuh kepada keadaan muka bumi dan akar2 kayu. Ada kalanya kami melalui di celah2 kayu balak yang besar.... namun setelah gunung ini menjadi tempat pelancongan semua ciri2 ini hilang. Banyak kemudahan sokongan yang disediakan pada masa ini seperti tangga batu, tali dan penunjuk arah yang disediakan bagi membantu para pendaki.
Aku masih ingat pada satu ketika ayah meminta aku menjadi penunjuk jalan di dalam hutan, dan pada ketika itu aku panik dan tidak tahu arah mana yang harus dituju untuk pulang semula ke khemah kami. Semuanya kelihatan serupa, aku merasakan aku memang sudah sesat. Namun ayah sebenarnya sedang menguji sama ada aku boleh berdikari atau tidak, nyata sekali aku memang "buta hutan". Memang penting untuk menandakan laluan semasa berjalan di dalam hutan, tidak boleh berdasarkan kepada rasa2 dan ingat pandai sahaja. Tanda yang dimaksudkan di sini bukanlah bermaksud kita perlu meletakkan tanda yang jelas di laluan yang kita lalui, tetapi cukup sekadar mengingati tanda2 yang mudah untuk diingat seperti batu besar, pokok2 yang unik dan mudah untuk diingat. Namun sekiranya ada keperluan untuk menggunakan tanda dalam jangkamasa yang panjang wajar untuk disediakan penanda yang kekal yang boleh bertahan lama seperti tali, reben dan sebagainya. Langk ah ini perlu dibuat bagi mengelakkan kita daripada sesat. Ada juga rakan2 yang inmenjadikan tabiat menanda laluan ini sebagai bahan gurauan, namun persoalan yang penting di sini "nak sesat?" tentu jawapannya tidak......!!!!! Jadi buat apa yang perlu.
Malam pertama aku di gunung ini cukup seronok, kerana aku dapat belajar banyak perkara dari ayah. Aku masih ingat pada waktu senja ketika kami sedang makan malam, ada tetamu yang datang ke khemah kami. Seekor tupai yang tidak berekor, "memang unik tupai ni...." bisik hati aku ketika itu. Lantas kerana perasaan ingin tahu yang sangat kuat aku bertanya kepada ayah aku apakah jenis tupai ini. Dengan selamba ayah aku menjawab "jangan ditegur...". Terdiam aku seketika. Lebih menarik lagi pada malam itu hujan turun dengan lebat... kami bernasib baik kerana hutan yang tebal dapat memayungkan kami daripada terkena air hujan yang datang bersama angin yang sepoi2 bahasa. Kalau tidak pasti kami akan basah teruk kerana keadaan khemah yang terbuka, hanya menggunakan baju hujan askar ayah dan beralaskan pelapik nipis.
Selalunya kalau kami bercerita tentang pengalaman pertama aku di gunung ledang, ayah pasti teringat tentang keadaan tapak khemah pada ketika itu. Ayah selalu kata "dah lah ditepi gaung, pemisahnya cuma sebatang balak yang sebesar separuh pemeluk ayah"... kalau batang balak tu bergolek masuk gaung mungkin kami turut sama masuk gaung sebab bergolek sama dengannya. Muka bumi pun senget ke arah gaung... heheheheh.... memang bahaya!! Kami akan tergelak mengingatkan pengalaman pada ketika itu.
Gunung Ledang menjadi tempat kegemaranku sehingga sekarang. Memang ada yang kata aku dah kena sampuk, sebab alasan yang aku berikan untuk menjadikannya tempat kegemaranku ialah kerana aku rindukan bau tanah, udara dan pokok2 di sini.... kelakar jer bunyinyer tapi itulah realitinya. Aku turut akan pergi melawat ketempat perkhemahan aku dan ayahku, kerana bagiku tempat ini penting kerana disinilah aku pertama kali tidur di dalam hutan tebal. Sekarang tempat ini telah menjadi kawasan larangan untuk dimasuki kerana pihak Hutan Lipur Gunung Ledang telah mewartakannya sebagai hutan simpan. Pagar telah dibina untuk memisahkan kawasan larangan ini. (Namun aku redahkan sajer.... kerana aku yakin aku tidak membuat salah, hanya ingin melawat tempat bersejarah aku dan ayahku. Bukannya aku panjat pagar, cabut@potong pokok, dan sebagainya. Cuma aku mengambil jalan jauh untuk mengelakkan pagar yang disediakan.
Kalau nak kira berapa kali aku g gunung ledang rasanya dah tak terkira, berkhemah pun dah lebih 20 kali..... tempat kegemaran ler katakan.... tapi yang paling penting permandangan kat puncak memang superb.... trek nak ke puncak pun memang best giler.... semua ada; merentas air, lalu gua(gua kambing), panjat batu tinggi(memang gerunnnn!!!!!!)... dengan trek yang mental sebab jarak yang jauh dan turun naik false peak.... heheheh memang best lah.... tapi disebabkan pengembaraan aku bukan tertumpu kepada naik gunung sahaja maka aku taknak compare gunung ni dengan gunung2 lain yang pernah aku naik..... tapi memang best... berapa kali best daahhhhh.............. hehehehhe
Memang banyak tragedi berlaku kat sini... tapi bagi aku semua tu dah lumrah bagi tempat yang banyak pendaki... pasti ada kemalangan yang berlaku... tapi yang paling orang gerun di sini "kepala air" dia.... gunung ledang terkenal ngan air terjun yang tinggi2, so kita leh bayangkan kalau ada "kepala air'.... tapi sekarang ni pihak hutan lipur gunung ledang dah sediakan siren amaran sekiranya ada hujan di kawasan tinggi bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku.
Aku teringat semasa kami bermandi-manda di kolam PUTERI, ayah pernah bertanya dengan aku.... "... dah besar nak jadi aper??...", jawabku "nak jadi askar...." memang itu cita2ku semenjak kecil, dan aku ada satu set pakaian askar bersama m-16 yang dijahit oleh emak... namun cita2ku ini tergendala kerana semenjak darjah 5 aku terpaksa memakai cermin mata.... maka keinginan untuk masuk RMC tak tercapai. Ingat lagi semasa pengumuman di TV RTM, memaklumkan iklan kemasukan ke maktab tentera syaratnya cermin mata berpalang.... ermmmm aku dah terlebih palang heheheh sodih gak masa tu..... sambung citer soalan ayah... ayah tanya lagi "kalau tak jadi askar??? aku jawab "nak jadi chip...." hehehe citer orang putih pasal polis trafik naik motor besar... aku memang minat motor besar... sebab Sultan Johor pada masa tu sukan ronda2 naik motor besar dan selalu lalu kat depan umah.... bila dengar bunyi motor aku cepat2 duk tepi jalan.... kat gunung ledang masa tu aku ngan ayah baring atas batu cam gambar anak aku yang kat bawah ni... sebijik...:
heheheh kat tempat yang sama gak aku nyer hidung jadi bengkok sebab tercucuk ranting kayu.... fuhhhhhhh sakit oooooooo.... buat terjun junam kat kolam PUTERI, naik atas ada kayu terpasak kat hidung..... eeeeeeee ngeri sampai sekarang.............. shhhhhhhhhh yg ni rahsia aku.... hehehehe(dah tak rahsia dah...)
Gambar terkini aku ngan ayah aku gi ke Gunung Ledang bersama emak, isteri dan anak2..... tgk gambar ni teringat aku masa kecik2 dulu ngan ayah di Gunung Ledang.... 8 April 2012.... baru lagi....