Saturday, June 23, 2012

Pulau Besar, Melaka (1986)

Kalau citer pasal pulau-pulau yang aku pernah gi, Pulau Besar pemenang untuk kriteria mistik berbanding Pulau Pangkor, Langkawi, Manukan, Sapi, etc.(Pulau Meranti leh masuk dalam senarai ni tak agaknya?? :). Aku mula menjejakkan kaki kat pulau ni bersama ayah pada tahun 1986, kami berdua menjelajah kesetiap pelusuk pulau. Namun kami masih kalah dengan akak nita(adik beradik no 3,betul2 atas aku,cuma aku cute sikit dari dia, kih3). Heheheheh... sebenarnya jeles ngan dia sebab dia tiba kat pulau tu lebih awal.
    Nak citer balik pasal pengalaman kat Pulau Besar ni, kami tiba di Umbai, Melaka waktu dah tengahari. Pekan Umbai masa tu cam pekan koboi yg kecil jer. Kami turun dari bas terus jalan kaki masuk ke jeti, rasanya dalam 100-200 meter jer dari tepi jalan. Kami makan tengahari di warung yang cukup sempoi. Tapi yang menarik minat aku masa tu, ada keluarga mat salleh, orang putih istilah yang aku guna masa tu. Orang putih ni ada 2 orang anak pompuan lebih kurang baya aku jer kot. Ermmm nasib baik aku ni petot kalau berbanding dengan mereka. Kalau tak, sure aku dah ngurat nyer... kih3.. main2 jer. Malu nak ngurat ayah aku ada(alasan)... Akukan pemalu. Balik semula kat keluarga tadi tu nyer citer, ada sorang anak pasangan ni yang berkulit gelap, anak angkat lah agaknyer. Dia suka bawa radio besar, kalau zaman ni(2012) orang kata giler ker apa, tapi mungkin sebab masa tu walkman pun tak wujud. Radio tu kira gempak ler masa tu. Dia suka berjoget sorang2 sambil letak radio tu kat telinga. Lantaklah, kami tunggu giliran naik bot bersama-sama. Pasangan tu cukup tertarik dengan lambang United Nation yang ayah gantung di bag askar ayah. Ayah pernah bertugas dengan United Nation di Congo, Afrika zaman 60-an, sekarang ni nama negara tu Zaire. Kalau nak cakap ala2 Congo pun ayah boleh. Kami naik bot sesama, aku cam biasa suka buat aktiviti thrill, panjat atas bot duk kat bumbung, tapi masih dalam pemerhatian ayah. Oh! ya terlupa nak describe pasal bot tu. Bot kayu tu leh naik 5-10 orang jer. Berbumbung dan pemandu bot duk kat belakang jaga kemudi sambil menarik tali@throttle minyak... cukup sempoi jika dibandingkan bot2 pelancongan sekarang ni. Part paling best duk kat bumbung tu bila ada ombak besar, hati terus berdebar, POKK!! bunyi setiap kali ombak tu memukul bot. Ada kisah bot yang karam sebab bawa barang tak elok ke Pulau Besar, untuk aktiviti semah jin dan syaitan. Manusia ni memang degil....
    Tiba jer kat pulau tu, kami terus turun berjalan ke arah sebelah kiri pulau. Sebab arah tu jer yang nampak cam ada orang. Kami lalu tempat pemeliharaan penyu, ada jaring untuk elak burung2 ambil telur dalam pasir. EHHH!!! ada penyu kat laut ni. Tak terpikir aku masa tu. Tapi memang ada, tak banyak macam Laut Cina Selatan. Sekarang ni mungkin dah pupus kottt, manusia2.... Kami teruskan perjalanan mencari tempat nak berkhemah, Alhamdulillah masa tu ada kumpulan sekolah menengah yang berkhemah kat situ. Kalau tak tentu kami tinggal berdua jer kat pulau tu sebab orang putih tu nak balik sebelah petang. Lepas dirikan khemah aku dan ayah gi jalan2 kat area berdekatan untuk lihat keadaan setempat. Selain kami dan rakan2 perkhemahan, ada sorang lagi yang tinggal kat pulau tu, "orang pulau". Aku panggil dia atuk, sebab nampak lebih tua dari ayah. Dia buka kedai kopi kat situ. Banyak citer yang kami dapat dari atuk ni, biasalah ayah dengan sifat peramahnyer cepat jer dapat geng. Kami sempat melawat kubur panjang dalam surau, tujuh makam yang panjang2 kat kawasan lapang, perigi, dll. Kisah kenapa kubur tu panjang macam tu, sebab selepas dikebumikan, setiap malam ahli keluarga si mati termimpi kubur merekah. Esoknya mereka panjangkan kubur. Berulang kali diulang aktiviti ni, sehingga mereka tidak bermimpi lagi. Dan ada jugak yang kata memang orang yang dikebumikan kat situ memang tinggi cam kubur dia gak. Wah!!! tingginyer. Tak tahulah mana yang betul.
    Dalam kul 6 petang kami mandi laut. Perghhhhh memang best sebab pantai dia mendatar. Ayah naik awal, dan aku mandi sorang2 kat pantai tu. Heheheheh rasanyer tu first time ayah biar aku mandi sorang2 kat pantai, terasa dah besar time tu(padahal baru darjah 3). Tapi saat tu, bila setiap kali aku berpaling ke pulau aku rasa lain macam. Yang aku ingat aku lebih suka melihat ke arah laut yang luas. Tak lama, aku pun naik. Masa berjalan ke arah khemah aku nampak ayah duk kat pangkal pokok tepi pantai, mesti tengah perhatikan pergerakan aku. Sekarang ni bila dah dewasa dan mempunyai anak, baru aku sedar betapa beratnya tanggungjawab jadi seorang ayah. Terima kasih ayah... Dan emak yang sentiasa memahami minat dan kerenah anak2.
    Malam tu kami duduk di khemah sahaja, abang2 dan kakak2 yang tinggal di tapak khemah bersebelahan selalu datang ke khemah kami. Mereka mungkin suka dengan sikap ayah yang peramah. Macam2 ditanya, terutama sekali tentang umur aku yang masih kecil, dah gi khemah sana-sini. Kembang hidung masa tu.... kih3.... Perasan. Malam tu tanpa kami sedari, ialah malam laut pasang besar. Cukup istimewa tarikh tu rupanyer, dan.......... ada aktiviti yang kami tak sangka akan saksikan malam tu. Khemah kami dilalui oleh ramai manusia yang berpakaian serba putih. Aku tak tegur, sebab itu ajaran ayah. Aku cuma fikir, manusia ker? atau..... apa2 jerlah. Tapi mereka tu memanglah manusia. Mereka lalu depan khemah kami, ramai... menuju ke makam kubur panjang. Ermmmm.... ziarah kubur kot... takperlah.. aku pun mungkin tertidur lepas tu. Aku tersedar balik bila terdengar bunyi percikan air di khemah. AYOOOOO!!!! air laut dalam betul masa tu... hampir ngan khemah kami. Nasib baik paras tempat khemah kami tinggi sikit jer dari aras air laut masa tu. BUMMMM!!! setiap kali air laut memukul pantai. Kuat betul bunyi ombak masa tu...
    Esoknya, awal pagi kami bangun, ayah sediakan breakfast. Bermulalah perjalanan menjelajah pulau kami. Mula2 kami lalui makam panjang dan makam tujuh. Lepas tu lalu kat satu pokok yang cukup unik. Kenapa? Sebab banyak betul batu2 yang diikat dan digantung di pokok ni. Untuk apa erk?? berdasarkan citer atuk "orang pulau", siapa nak anak bolehlah berniat disitu dengan menggantungkan batu kat pokok tu. Ermmmm banyak lak tu, maka bermakna banyaklah orang yang telah terlibat ngan aktiviti ni... Ya allah.... Tu baru salah satu contoh jer, banyak lagi nak citer ni. Jalan lagi jumpa satu kawasan lapang, penuh ngan pokok lalang.. ikut ceritanyer tempat ni pernah dibuka untuk dijadikan tempat penternakan lembu, dll. Tapi gagal sebab..... ada "kampung" kat situ. Dan selain dari citer ni, atuk tu pun ada citer pasal pengalaman dia membantu budak yang berkhemah kat situ, sebab diganggu.... oklah meremang lak aku nak citer lebih2. Teruskan perjalanan lagi, mulalah aktiviti pendakian. Bukit tu takdelah tinggi, tapi ada macam2 dalam dia.. Ada gua, tempat untuk orang menuntut ilmu bertapa. Aku dan ayah tak masuk pun, sebab "gelap". Ada kubur wangi, ermmmm no comment..... Tapi ada yg kata kubur tu wangi sebab orang yang dikebumikan di situ orang yang alim. Ada tempat terjun??? Haaa yang ni menarik citer dia. Lepas mereka yang menuntut ilmu tu khatam, dan habis pertapaan, maka kena terjun kat gaung yang menghadap laut. Kat bawah tu ada batu2 yang menunggu, kalau ilmu menjadi maka selamatlah dia, kalau tak.... ehem2 paham2 ler sendiri. Wassalam.... Lepas tiba kat gaung tu, kerana masa tak mengizinkan kami balik semula ke khemah. Bersiap untuk balik. Lepas makan tengahari kami naik bot, sama aktiviti masa pergi semalam. Cuma kali ni ada ikan terbang.... atau ikan loncat... hehehe. Tiba jeti terus gi tepi jalan tunggu bas utk pulang ke rumah.
    Sebenarnya banyak bende lagi nak citer, erm to be continued lah........ (kalau rajin dan sebab aku macam ingat2 lupa peristiwa kat pulau ni....)

Saturday, June 16, 2012

Gunung Nuang (1997)



Tetiba pagi ni aku teringat kat Gunung Nuang, pertama kali aku naik gunung ni tahun 1997 semasa aku masih belajar di UPM. Masa tu aku team RECCAN, yang menjalankan aktiviti outdoor. Kami pergi dengan menaiki bas. Aku masih ingat lagi kami tiba di kuarters pekerja sebelah petang dalam pukul 4.30 p.m. Sekarang ni, kalau nak naik Nuang pendaki boleh naik kereta hampir ke empangan, berbeza pada ketika dulu pendaki kena jalan ikut trek yang bermula di kuarters pekerja, kerana jalan selepas tu kecil dan licin. Kiranya sekarang ni dah jimat hampir lebih setengah jam. Aku juga teringat, kami kena melalui kubur orang asli, heheheh tapi tak maklumkan pun kepada pendaki-pendaki masa tu... Sekarang ni kalau pergi ke sana aku akan menjeling ke kiri jalan di mana terletaknya kubur berkenaan dan tersenyum sendiri bila mengingatkan kisah silam... KLMJ.
    Aku nak share sikit kisah pertama kali naik gunung ni, kami melalui trek yang boleh memuatkan 4wd, tapi licin "tak ingat" kalau ujan. Kami tiba di Lolo lewat waktu maghrib, perjalanan ke mari mengambil masa hampir 2 jam setengah. Semasa dalam perjalanan kami melalui kawasan pokok buluh yang luas, masa tu macam2 bermain dalam kepala aku. Suasana waktu senja kat kawasan tu susah aku nak gambarkan. Siap jer pasang khemah dan makan malam hujan turun dengan lebat. Kami memang dah dimaklumkan kawasan tu kawasan tadahan hujan, so dah bersedialah. Cuma tak cukup sedia :), khemah yang aku nak tidur terlupa atau hilang dia nyer cover hujan. So, marilah tidur didalam hujan :)).... macam2 kami buat nak tidur sebab tahu esok nak daki puncak Nuang. Terasa lama betul waktu malam masa tu. Aku tidur atas tanah beralaskan plastik, sebab khemah dah jadi kolam air... heheheh. Air dari lereng bukit mencurah-curah kat badan aku masa tu, tapi aku buat2 juga nak tidur. Perghhhh sejuknyer, memang takleh tidur. Sampai kebas2 badan aku dibuatnya. Masa tu mula teringat menyesal giler.... tapi biasalah dah biasa ngan perasaan camtu bila duk hutan dengan ada masalah. "Tak boleh jadik!!!" aku tengok ada hamock yang member aku pasang tapi tak larat nak tidur dalam dia sebab air hujan bertakung. Aku fikir daripada tidur kat air yang mencurah-curah dari lereng bukit macam air terjun ni, lebih baik tidur dalam kolam air, heheheh. So aku pun masuk dalam hamock dengan beratapkan kain pelikat!??? apa gila. Tapi nak pendekkan citer(yg penuh siksa:), akhirnya aku tertidur juga....... Tapi aku terlupa nak citer kenapa aku tersiksa camtu, heheheh sebenarnyer akibat nak tunjuk macho, plastik alas aku beri kat bebudak pompuan sebab khemah mereka pun dah tak larat nak menghadapi hujan yang lebat.... Takperlah tu baru namanya berkorban.... hehheheh macho konon.... Piiirah...
     Pagi tu aku celik2 jer mata, ramai dah bangun awal. Bangun awal sebab takleh tidur hehehehe. Aku lak mata jer celik tapi takleh nak gerak badan. Panikkk!!!!! naper ni???^&*^% kena tindih ker??? apa kes kena tindih pagi2 subuh ni?? rupa2nya aku kebas satu badan tidur dalam keadaan basah lencun. Lama gak nak bangun, aku gerakkan ibu jari kaki, fuhhhhhh seksa wooooooo..... gerakkan badan sakit wooo... dahlah malam tu aku rasa malam yang paling lama masa dia dalam hidup aku, nak bangun pun sikit nyer seksa.... tapi semuanya ok lepas aku dapat keluarkan badan dari hamock tu. Setelah memasing bersiap nak daki ke puncak kami pun mulakan pendakian. Mendaki cam gunung2 yang lain gak, cuma kat false peak aku terkesendat sekejap..... "kat atas gunung pun ada paya???? apa ke hal ni??" member aku yg nak test kedalaman lopak air tu secara sengaja yang memang tak sengaja(faham? aku pun tak paham), sebenarnya terjatuh...paras lepas betis!! dalamnyer. kalau duk lama dalam lopak air tu lama2,habis satu badan kena sedut kut(fikir aku masa tu...)... kami kena meniti batang kayu, batu, dll yang boleh dipijak. Masa tu baru aku teringat kata2 member aku "nuang no. 6 paling psiko fizikal dan mental di Malaysia", yang pada mulanya aku ingat amaran lawak nak menakut-nakutkan aku. Tiba di puncak cam biasalah...seronok sakan... turun semula ke tapak khemah pun berpeluh sakan.... tiba jer kat bawah kami kena berkemas. Masa tu yang injured dapat rawatan, yang macho(pirah..) kemas barang2.. Kami bergerak waktu dah gelap, aku antara yang last sekali keluar dari tapak khemah. Tugas aku masa tu support yang injured. Ada 2-3 orang injured sebab kaki bengkak air. Siapa pernah naik Nuang tentu paham istilah "never ending" road diantara Lolo dan starting point. Tiba di sungai terakhir, member aku yang injured ni langsung takleh jalan. So aku dan member aku tukar2 papah. Nak dijadikan citer, masa dalam perjalanan kami terhidu bau hancing yang kuat... heheheh tahu dah kena intip ler ni... dengar bunyi pergerakan kat sebelah kanan atas. Malas nak pikir, kami jalan dalam kumpulan. Aku rasa aku tau, tapi biarlah sebab memang tempat dia. Lama gak nak keluar dari teritory makhluk ni. Fikiran aku tertumpu pada member yang injured, dah tak pikir dah tentang bende lain. Tapi kalau citer pasal Nuang, aku selalu terserempak ngan macam2 makhluk kat jalan ni... erm sebab selalunya kalau naik Nuang akan turun sebelah malam, tak kira berkhemah atau daypack. Mercun memang sentiasa ada dalam simpanan aku, banyak kali aku guna kat Nuang. Kalau naik ngan budak2 trailrunner jer leh turun kul 5 petang. Itupun kekadang ada yang patah tulang laaa, terkehel laaa... sebab depa ni jalan laju/berlari... kalau cuai sikit padah dibuatnyer..
    Tiba kat starting point memasing dah keletihan giler, belakang aku masa tu ada sekumpulan lagi, jarak lebih kurang 150 meter dibelakang. Kami berpisah di area rumah orang asli, sebab depa dah pancit dan injured. Sebabkan kesian kat diorang ni, so kami yang masih leh papah member yang injured ni teruskan perjalanan, sebab konon2nya nak rescue guna motor. HAHAHHHAHAH.... idea yang paling bernas untuk dilaksanakan di Nuang. Naik motor, last2 motor ke mana, rider ke mana. Sebabnyer jalan tu memang licin lepas hujan.... licin giler.... terbongkang lah si rider,banyak kali try pun tak berjaya. Bagi aku puas hati sebab dapat rescue member yang injured sampai ke starting point dan pengalaman yang memang FUHHHHH payah nak bayangkan. Sebab itulah aku sering menjengahkan diri kat gunung ni... Best woooo.....
    Tapi kalau nak citer detail tentang pengalaman pertama ke Nuang ni lebih panjang lagi... cuma aku malas nak citer part-part mistik ni. Sebab banyak yang berlaku sepanjang aktiviti dari mula sampailah kami dah balik ke UPM..... Sampai balik kolej tak habis2 kisah Nuang ni.... Naper??? biar kami yang laluinya jer tahu..... :). Tapi yang aku dah dapat dari pengalaman2 member2 lain yang naik Nuang, citer nyer lebih kurang sama......
    Yang best tentang Nuang ni, ada "geng" kat puncak yang cukup friendly, Tupai's Family(tengok gambar kat bawah,muka ngeri takut kena gigit jari). Memang jinak dan kita leh ambik gambar ngan depa ni. Cuma kalau nak jumpa kena g puncak, tempat lain takde.

    Last sekali aku naik Nuang 31 Mac 2012, ngan team ORBIT Cyberjaya.