Dah dekat sebulan aku nyer kaki ni tak hilang sakit sebab jatuh dalam lubang, sengal2 lagi sebab ikut kata doktor tisu otot kaki aku terkoyak.... erm boleh baik sendiri katanya. So aku takdelah risau sangat. Tapi kali ni aku nyer tajuk "JATUH", banyak tempat aku jatuh, dah tak terkira, tapi paling thrill jatuh masa naik motor buat lap "berapi" kat depan Astaka Muar ngan kawan aku Azizi,1995. Nak berlagak depan van bawa minah kilang, ZZRRAAASSSSSSSS.... "Woiiiitt" jerit guard jaga kedai kat situ... tu jer yang aku ingat... aku masa tu dah terbongkang kat tepi jalan, motor ke mana, kawan pun entah ke mana.. lepas tu aku sibuk cari selipar... "mana selipar aku ni???" padahal masa tu lori sikit nyer besar kat belakang aku. Itu yang guard tu, menjerit tu... yg sodap dia, luka2 yang aku dapat(cocah lado sodapppp...) Tapi peristiwa tu jadi bahan ketawa kami berdua sampai ke hari ni. Sebab apa?? kawan aku "confused", banyak2 bende... selipar!! yang aku cari masa tu...heheheh. Blank... Ok kali ni aku nak sambung citer pasal jatuh motor gak, di hutan Kuala Muda Baling, Kedah. Jatuh dalam lopak trek masa buat aktiviti cub-cross dalam hutan simpan Kuala Muda, dah dekat ngan sempadan Siam...
Dipendekkan cerita, malam tu aku telefon Wan. Ajak dia masuk utan, dah rasa kemaruk semacam. Dia kata dia balik kampung kat baling, tapi dia try arrange trip untuk aku. Pagi jam 9, dia call kata trip dah sedia, tapi kat Baling... Mak oiii Baling?? jauh tu.. Tapi sebab dah kemaruk, jam 11 pagi aku bertolak ke Baling, kul 3 dah tiba... ermmm tak laju aku bawa,cuma..... Tiba di rumah dia, ramai member2 dia dah siap sedia ngan peralatan. Motor untuk aku pun dah siap, motor cub-cross warna hijau. Tapi yang aku perasan masa tu cuma motor aku jer yang ada lampu kat depan.... aikk pelik. Semuanya ada 6 biji motor. Bila tanya kat wan, rupanyer motor aku tu baru jer siap modified, so masih "dara" lagi nak masuk hutan. Fuhhhh... motor baru tuuuu. Terbayang aku tengah jumping dalam hutan tu. Jam 4.30 petang hujan turun lebat... alamak aiiiii aku dah start nampak cabaran yang nak aku lalui kali ni. Masakkkkkk.... hujan lebat biasanya jalan mesti licin,takper tengok jerlah nanti, bisik aku dalam hati.
Perjalanan bermula jam 5.30 petang, kami enam orang lalu jalan baru nak buat ke Durian Burung, katanya jalan tu highway baru ke Siam. Dalam perjalanan tu aku test power motor tu.. ermmm pick-up mantap, cuma aku rasa janggal sebab dia punya throttle rasa keras lagi. Semasa kami masuk pintu mula masuk hutan, kami melalui sungai yang dah mula nak deras air dia... jambatan memang takde,so aku tengok jer otai-otai lain buat camner.... mak aiiii lalu atas batu. Diorang buat sonang jo... macam main lompat2... Hebat... AKu pun test power... prenggggg... burrrr.... bunyi motor semput dalam air... heheheheh silap taktik,batu yang aku pilih tu tak stabil so motor aku terjatuh dalam arus air yang deras tu... aku pun pulas abis throttle minyak tu, tayar motor berpusing. Member2 aku jerit, "takyah ler kuat2... rileks jer..." oooo camtu... heheheh jawab aku dengan nada gelabah...sambil senyum kambing... Lepas tu kami mula lalu jalan kebun. kemudian masuk jalan balak. Tanah laterit, mak oii licinnyer... geng2 lain rileks jer,tunggang sambil duduk. Aku dah macam nak buat jumping asyik berdiri jer atas motor,sebab nak imbangkan motor. Suasana keliling dah mula gelap, baru aku sedar sebenarnyer aku dah jauh gak masuk dalam hutan, tadi leka nak biasakan diri ngan motor baru aku ni. Sepanjang jalan tu tak banyak yang aku leh gambarkan sebab aku concentrate handling motor, bukan senang nak ikut geng2 Wan yang otai2 ni.
Kami berhenti waktu maghrib, buat aper yang perlu. Hujan masih lebat, dapat ambil satu-dua gambar jer. Wan bisik kat aku "diorang ni tak pakai lampu motor, tapi cuba ko tengok nanti dalam hutan camner diorang handling motor....". Alamak... tu kira amaran untuk aku tu, janganlah kena tinggal, risau walaupun motor aku ada lampu. Tempat kami berhenti ni rupanya starting point untuk pendakian. Selepas setengah jam, kami mulakan pendakian dalam gelap. Rupa-rupanya member2 yang motor takde lampu ni, pakai head lamp, cuma sorang jer yg takde lampu langsung. Tapi yang takde lampu ni yang paling depan dan paling laju. Fuhhhh memang laju dia bawa motor. Masa mendaki macam-macam kami tempuh, tersangkut celah batu, jatuh ke lereng trek, tergolek, enjin mati dan sebagainya. Trek kecik jer,muat2 sebiji 4wd. Tapi part yang paling sukar, bila ada pokok balak yang baru tumbang, melintang jalan. Bayangkan dalam gelap kena cari jalan dalam semak samun hutan, lalu celah balak, masuk lopak air, redah rotan dan enau, untuk elakkan kayu balak yang tumbang tu. LEEETTTTIIIHHHH GIIILLLLLLEEERRRR!!!!. Ikut hati nak tinggalkan jer motor tu... aku cakap dalam hati "masuk hutan lebih baik jalan kaki, lagi senang...". Nafas dah macam lembu liar, memasing dah terduduk tepi trek. Masa tu pacat ker lintah ker aku dah tak kisah, memang banyak. Tapi kami semua tergelak bila tengok keadaan masing2, macam "swampthing!!"... HAHAHAHAH hilang penat. Jam kat tangan aku tak tengok pun..... mungkin masa tu aku rasa waktu dah tak penting, yang penting perlu sampai ke tempat nak di tuju(tah mana tah?? suh aku tunjuk dalam map pun aku sesat..)
Jeng...Jeng...Jeng... ni part yang paling aku susah nak lupa.... Bila dah berjam-jam naik motor tu, turun naik bukit/gunung, jatuh bangun, motor WAN bocor tayar depan. So aku pun ambil keputusan untuk berbonceng ngan Wan. Motor yang pancit tu dia sorok kat dalam hutan, TAWAKAL..... Bermulalah aksi berbonceng, Wan bawa laju, rasa macam nak terbang jer... dalam aku hayal tengok hutan yang gelap gelita tu, aku terasa macam terbang..EHHHHH!!!! POOKKKKKKKK sedar2 aku dah ada dalam lopak kat trek... motor entah ke mana... takleh bangun.... Aduhhhh mula sakit kat badan, tapi alhamdulillah beg deuter "otai" aku selamatkan nyawa aku lagi!! Syukur aku tak injured major... luka sikit2 jer. Tetiba rasa pergelangan aku sebelah kiri sakit giler, tengok2 aku nyer pergelangan macam ada benda timbul,aduh patah ker??? gerak jari boleh, genggam tangan pun boleh... ermmm rupanyer tulang aku macam ter"salah parking". ADUHHHH.... member2 yang lain pun bantu aku bangun, member sorang ni hulur tangan kat aku nak bantu aku bangun,aku terhulur tangan kiri!!!! ADUHHHHHH... dia tarik aku bangun.... Terasa macam ada benda berbunyi kat tangan aku... Senyap tak bersuara sebab SAAAKKIIITTT SANGATTTTT!!!!!.... tapi 10 minit lepas tu aku check pergelangan aku tu semakin ok. Tulang yang timbul tu dah kurang sikit, tapi masih sakit(????). Sakit tu aku tolak ke tepi, try naik motor, ermmmm boleh jer.... nasib baik ok.
Perjalanan diteruskan.... kali ni ada bukit/gunung(tak tahu altitud masa tu berapa) yang curam... aku dan Wan biar otai2 jalan dulu, kami second last naik curam tu.... Permulaan pendakian ok..... tiba kat tengah aku rasa tak bergerak, pulas throttle macam nak habis pun tak gerak, tayar berpusing laju.... kena imbang motor masa tu, dan make sure enjin tak mati... kalau tak kami sekali ngan motor duk dalam gaung!! nasib baik akhirnya motor tu gerak sikit2... lama gak nak tiba kat puncak tempat diorang lepak tunggu kami kat atas tu. Masa tu aku fikir nak tiba atas jer, keliling semua gelap, lampu motor suluh trek jer, mata aku pun concentrate kat trek jer, apa ada kat keliling aku malas nak fikir. Mungkin lain kali aku pakai head lamp... Tiba kat atas kami dengar enjin motor member yang last sekali naik ke atas... Prengggggggggggggg.... senyap.... enjin mati.... Preennnnnggggg... senyap.... enjin matiler tu.... terus senyap........senyap..... dan senyap... alamak apahal ni.... Tak sedap hati, kami rancang nak turun jalan kaki tengok apa yang berlaku. Tak sempat nak turun, nampak lembaga sedang berjalan ke arah kami.... TOLONG!!! kenapa??? hahahahaha rupanya dia takut nak teruskan start motor sebab trek tu gelap sangatttt... dia kata dia takut, ada macam2 bunyi kat curam tu. Kami gelak dia ramai2... HAHAHHAH... tapi sebenarnya dalam hati aku cukup bersyukur sebab motor aku tak termati enjin masa naik tadi... kalau tak aku pun macam dia gak... :)... 2 orang turun ke bawah dan pastinya bukan aku... heheheh rescue motor yang problem tu. Dah dekat dah, bisik member aku. LETIH... SAKIT.... GUSAR..... BISING(bunyi radio hutan:).....
Bangun pagi jam 6.30... sejuk tak terkata. Buat apa yang perlu. Breakfast lebih kurang jer. Selesai breakfast, dah mula leh nampak tanah,aku pun explore kawasan sekeliling khemah. ADOIIIIIHHH.... baru kami sedar, tempat kami berkhemah tu sebenarnya londang gajah. Tandanya pokok balak ada yang berlubang di pangkal kerana gajah suka makan empulur balak. Mereka tebuk pokok balak pakai gading. Pokok2 balak kat situ pun banyak yg hilang kulit dia sebab gajah memang suka gosok2 badan kat pokok balak. Tapi yang pasti tahi gajah!!! bersepah, dari yang baru sampai yang dah berminggu-minggu usianya. Sorry jerlah yang boleh kami kata, bukan sengaja. Agaknya, memang diorang dah bergerak ke tempat lain sebelum kami tiba situ, atau diorang blah sebab dengar bunyi motor yang bising malam tadi. Biasanya gajah sangat sensitif dengan kehadiran manusia, 3-5 kilometer diorang dah boleh detect kehadiran manusia kat kawasan hutan, power naluri diorang ni. Cuma aku terbayang, apa kata kalau geng gajah tu mengamuk sebab nak pertahankan tempat tinggal diorang, habislah.... tak sempat nak lari.
Cari buluh untuk buat bekas air. Cari pucuk pokok hutan yg leh dimakan. Sampai tengahari makanan pun tersedia dan terhidang dengan banyaknya. Wan terror bab masak dalam hutan, dia masak laksa kedah pakai ikan sungai.... PERGHHHH mabeles. Ikan tengas dan kelah kami bakar, besar2.... Petai, pucuk ulam, dan sayur-sayuran kami makan fresh, tak perlu masak.
Kalau kira ikut harga pasaran, hidangan kami tu bernilai lebih RM5000++ !!!!!!! tak caya?? siapa yang biasa ngan kelah, raja ikan tahulah harga dia. Syarat nak makan ikan ni, makan dalam hutan tak boleh bawa keluar. Kalau kena tangkap bawa ikan kelah jual kat luar, kena saman la jawapannya. ARRGHHHHHHH sedapnyerrrrrr..... <masa aku cite ni, bulan posa.... aduihhh sedapnyer>. Petai.... petai.... petai.... first time aku makan petai.... di hutan kuala muda.... 30 tahun lebih hidup, ni lah first time aku makan, dan jadi makanan kegemaran aku lepas tu. Puas betul makan masa tu, cam biasa aku akan jadi penyudah sebab aku makan lambat.
Tiba perhentian Sungai Perak aku berhenti sat, minum nescafe panas. Lepas minum, cam biasa aku ada 3 jam untuk bertahan hasil caffein nescafe tadi. Kelajuan dan kepantasan kereta aku berdasarkan 3 jam perjalanan dari R&R Sungai Perak sampai rumah. Hasil dari trip ni aku ambil keputusan untuk buang seluar Camel yang dah bersama aku lebih 10 tahun, sebab dah koyak sana sini akibat trip yang hardcore kali ni... :(( Betul2 hardcore...