Saturday, June 16, 2012

Gunung Nuang (1997)



Tetiba pagi ni aku teringat kat Gunung Nuang, pertama kali aku naik gunung ni tahun 1997 semasa aku masih belajar di UPM. Masa tu aku team RECCAN, yang menjalankan aktiviti outdoor. Kami pergi dengan menaiki bas. Aku masih ingat lagi kami tiba di kuarters pekerja sebelah petang dalam pukul 4.30 p.m. Sekarang ni, kalau nak naik Nuang pendaki boleh naik kereta hampir ke empangan, berbeza pada ketika dulu pendaki kena jalan ikut trek yang bermula di kuarters pekerja, kerana jalan selepas tu kecil dan licin. Kiranya sekarang ni dah jimat hampir lebih setengah jam. Aku juga teringat, kami kena melalui kubur orang asli, heheheh tapi tak maklumkan pun kepada pendaki-pendaki masa tu... Sekarang ni kalau pergi ke sana aku akan menjeling ke kiri jalan di mana terletaknya kubur berkenaan dan tersenyum sendiri bila mengingatkan kisah silam... KLMJ.
    Aku nak share sikit kisah pertama kali naik gunung ni, kami melalui trek yang boleh memuatkan 4wd, tapi licin "tak ingat" kalau ujan. Kami tiba di Lolo lewat waktu maghrib, perjalanan ke mari mengambil masa hampir 2 jam setengah. Semasa dalam perjalanan kami melalui kawasan pokok buluh yang luas, masa tu macam2 bermain dalam kepala aku. Suasana waktu senja kat kawasan tu susah aku nak gambarkan. Siap jer pasang khemah dan makan malam hujan turun dengan lebat. Kami memang dah dimaklumkan kawasan tu kawasan tadahan hujan, so dah bersedialah. Cuma tak cukup sedia :), khemah yang aku nak tidur terlupa atau hilang dia nyer cover hujan. So, marilah tidur didalam hujan :)).... macam2 kami buat nak tidur sebab tahu esok nak daki puncak Nuang. Terasa lama betul waktu malam masa tu. Aku tidur atas tanah beralaskan plastik, sebab khemah dah jadi kolam air... heheheh. Air dari lereng bukit mencurah-curah kat badan aku masa tu, tapi aku buat2 juga nak tidur. Perghhhh sejuknyer, memang takleh tidur. Sampai kebas2 badan aku dibuatnya. Masa tu mula teringat menyesal giler.... tapi biasalah dah biasa ngan perasaan camtu bila duk hutan dengan ada masalah. "Tak boleh jadik!!!" aku tengok ada hamock yang member aku pasang tapi tak larat nak tidur dalam dia sebab air hujan bertakung. Aku fikir daripada tidur kat air yang mencurah-curah dari lereng bukit macam air terjun ni, lebih baik tidur dalam kolam air, heheheh. So aku pun masuk dalam hamock dengan beratapkan kain pelikat!??? apa gila. Tapi nak pendekkan citer(yg penuh siksa:), akhirnya aku tertidur juga....... Tapi aku terlupa nak citer kenapa aku tersiksa camtu, heheheh sebenarnyer akibat nak tunjuk macho, plastik alas aku beri kat bebudak pompuan sebab khemah mereka pun dah tak larat nak menghadapi hujan yang lebat.... Takperlah tu baru namanya berkorban.... hehheheh macho konon.... Piiirah...
     Pagi tu aku celik2 jer mata, ramai dah bangun awal. Bangun awal sebab takleh tidur hehehehe. Aku lak mata jer celik tapi takleh nak gerak badan. Panikkk!!!!! naper ni???^&*^% kena tindih ker??? apa kes kena tindih pagi2 subuh ni?? rupa2nya aku kebas satu badan tidur dalam keadaan basah lencun. Lama gak nak bangun, aku gerakkan ibu jari kaki, fuhhhhhh seksa wooooooo..... gerakkan badan sakit wooo... dahlah malam tu aku rasa malam yang paling lama masa dia dalam hidup aku, nak bangun pun sikit nyer seksa.... tapi semuanya ok lepas aku dapat keluarkan badan dari hamock tu. Setelah memasing bersiap nak daki ke puncak kami pun mulakan pendakian. Mendaki cam gunung2 yang lain gak, cuma kat false peak aku terkesendat sekejap..... "kat atas gunung pun ada paya???? apa ke hal ni??" member aku yg nak test kedalaman lopak air tu secara sengaja yang memang tak sengaja(faham? aku pun tak paham), sebenarnya terjatuh...paras lepas betis!! dalamnyer. kalau duk lama dalam lopak air tu lama2,habis satu badan kena sedut kut(fikir aku masa tu...)... kami kena meniti batang kayu, batu, dll yang boleh dipijak. Masa tu baru aku teringat kata2 member aku "nuang no. 6 paling psiko fizikal dan mental di Malaysia", yang pada mulanya aku ingat amaran lawak nak menakut-nakutkan aku. Tiba di puncak cam biasalah...seronok sakan... turun semula ke tapak khemah pun berpeluh sakan.... tiba jer kat bawah kami kena berkemas. Masa tu yang injured dapat rawatan, yang macho(pirah..) kemas barang2.. Kami bergerak waktu dah gelap, aku antara yang last sekali keluar dari tapak khemah. Tugas aku masa tu support yang injured. Ada 2-3 orang injured sebab kaki bengkak air. Siapa pernah naik Nuang tentu paham istilah "never ending" road diantara Lolo dan starting point. Tiba di sungai terakhir, member aku yang injured ni langsung takleh jalan. So aku dan member aku tukar2 papah. Nak dijadikan citer, masa dalam perjalanan kami terhidu bau hancing yang kuat... heheheh tahu dah kena intip ler ni... dengar bunyi pergerakan kat sebelah kanan atas. Malas nak pikir, kami jalan dalam kumpulan. Aku rasa aku tau, tapi biarlah sebab memang tempat dia. Lama gak nak keluar dari teritory makhluk ni. Fikiran aku tertumpu pada member yang injured, dah tak pikir dah tentang bende lain. Tapi kalau citer pasal Nuang, aku selalu terserempak ngan macam2 makhluk kat jalan ni... erm sebab selalunya kalau naik Nuang akan turun sebelah malam, tak kira berkhemah atau daypack. Mercun memang sentiasa ada dalam simpanan aku, banyak kali aku guna kat Nuang. Kalau naik ngan budak2 trailrunner jer leh turun kul 5 petang. Itupun kekadang ada yang patah tulang laaa, terkehel laaa... sebab depa ni jalan laju/berlari... kalau cuai sikit padah dibuatnyer..
    Tiba kat starting point memasing dah keletihan giler, belakang aku masa tu ada sekumpulan lagi, jarak lebih kurang 150 meter dibelakang. Kami berpisah di area rumah orang asli, sebab depa dah pancit dan injured. Sebabkan kesian kat diorang ni, so kami yang masih leh papah member yang injured ni teruskan perjalanan, sebab konon2nya nak rescue guna motor. HAHAHHHAHAH.... idea yang paling bernas untuk dilaksanakan di Nuang. Naik motor, last2 motor ke mana, rider ke mana. Sebabnyer jalan tu memang licin lepas hujan.... licin giler.... terbongkang lah si rider,banyak kali try pun tak berjaya. Bagi aku puas hati sebab dapat rescue member yang injured sampai ke starting point dan pengalaman yang memang FUHHHHH payah nak bayangkan. Sebab itulah aku sering menjengahkan diri kat gunung ni... Best woooo.....
    Tapi kalau nak citer detail tentang pengalaman pertama ke Nuang ni lebih panjang lagi... cuma aku malas nak citer part-part mistik ni. Sebab banyak yang berlaku sepanjang aktiviti dari mula sampailah kami dah balik ke UPM..... Sampai balik kolej tak habis2 kisah Nuang ni.... Naper??? biar kami yang laluinya jer tahu..... :). Tapi yang aku dah dapat dari pengalaman2 member2 lain yang naik Nuang, citer nyer lebih kurang sama......
    Yang best tentang Nuang ni, ada "geng" kat puncak yang cukup friendly, Tupai's Family(tengok gambar kat bawah,muka ngeri takut kena gigit jari). Memang jinak dan kita leh ambik gambar ngan depa ni. Cuma kalau nak jumpa kena g puncak, tempat lain takde.

    Last sekali aku naik Nuang 31 Mac 2012, ngan team ORBIT Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment