Tuesday, August 7, 2012

Sungai Batang Si (2009)

Aku masih ingat, malam tu aku telefon Wan, bertanyakan "projek" terbaik yang boleh dibuat pada esok hari. Macam biasa, Wan mungkin dah lali dengan perangai aku yang selalu tetiba ajak buat aktiviti tanpa plan ni, walaupun dah bekerja dan berkeluarga. Kami sebenarnya dah berkawan semenjak di universiti(1997) lagi. Masa di universiti, aku ada 5-6 geng yang selalu buat aktiviti yang memang takde plan, termasuk Wan. Contoh: duk tepi padang depan kolej, nampak bas metro kami terus naik bas tu. Dengan pakai selipar jepun, baju tak aper2 tah, sampai Kuala Lumpur, dengan duit kat kocek berapa sen sangat, enjoy jalan2 dan ngeteh2... masa tu aku rambut panjang, kurus "keding", suka pakai jeans koyak, sekali pandang pun orang tak lalu nak tengok... lantaklah asal enjoy.... kekadang tu, esok ada ujian, malam aku gi layan snooker sampai 3-4 pagi. Pagi masa ujian, tengok paper soalan pun warna hijau-biru-kuning-merah-coklat-hitam-pink macam meja & bola snooker. Wan antara kawan aku yg mula2 bawa motor ke universiti, fuhhh hebat mamat ni. So motor dia selalu jadi mangsa kena pinjam member2 cam aku ni, heheheh. Tapi dia tak kisah pun..."kan Wan kan.." tapi tak tahulah kalau dia meluat ngan aku.... heheheeh. Kalau gi umah dia paling best mandi sungai sebelah rumah jer, bersih lak tu, Baling, Kedah memang tak tercemar lagi.... 

          Sambung balik kisah malam tu, Wan jawab ngan aku, "tengoklah dulu, camner esok..bla...bla.... tunggu aku call pagi esok...". Hehehehehe kalau "tengoklah" tu, mesti ada peluang masuk hutan esok. Aku tahu Wan memang busy sebab dia ada syarikat kontraktor sendiri. Esoknya aku tunggu panggilan dari Wan, pagi takde call pun...... alamak takde projek masuk hutan ler ni. Sebelah petang jam 2.15 petang, Wan call, ayat pertama dia "kenapa tak call aku... bla..bla...bla...". Tapi yang paling penting ayat dia dalam telefon, "jom gi masuk hutan mana-mana...". Pada mulanya aku cadang Gunung Angsi, tapi tak jadi sebab dah kul 2.30 petang, mana sempat nak sampai puncak. Bincang punya bincang... kami decide gi Hutan Simpan Selangor kat Semenyih, belakang empangan Semenyih. Nama tempat tu Sungai Batang Si, sebab kat situ ada kawan yang buka tanah, teroka hutan untuk jadikan kebun. Kebun dia betul2 paling hujung tanah teroka, so senang nak parking kereta. Tapi masalahnyer takde guide, sebab Wan ada plan nak memancing ikan sungai. Dah terbayang manisnya rasa ikan tengas bakar.... nyam3... Selalunya nak cari lubuk kena pakai guide sebab hutan simpan ni yang memang takde trek. Ayat kami yang terakhir "redah jer... kompas kan ada". Selesai siapkan peralatan dan perkakasan yang diperlukan, aku terus gi ambil Wan kat umah dia. Lebih kurang pukul 4.30 petang kami tiba di Semenyih dan cari kedai makan, tak lunch lagi. Ngap dulu, kiranya itulah makanan bertamadun terakhir yang kami akan jumpa hari tu. 

          Perjalanan diteruskan, sampai di tanah kebun teroka kawan kami tu dalam kul 5.30 petang. Dia sambut kami dengan senyuman dan kopi yang sedap. "Berdua jer???? Biar betul!!!" 
          Dia ajak kami tinggal di rumah persinggahan yang dibina oleh orang asli pakai kayu hutan, dua tingkat, memang cantik. Malam dia janji nak ajak gi "nyuluh"...... Meskipun tawaran tu memang sangat-sangat menarik, terutama dapat gi nyuluh, paling kurang dapat makan pelanduk sekor-dua, tapi kami nak teruskan juga niat untuk masuk hutan Sungai Batang Si, dah niatkan.... Tanya kat dia tentang binatang-binatang yang selalu orang jumpa kat area hutan tu, dia kata biasanya jarang jumpa yang kita tak nak jumpa tu..... Apa tu?? faham2 ler sendiri..
          Dalam pukul 5.30 langkah dimulakan untuk masuk dalam hutan. "Nak ikut mana ni???" soalan kami pada dia. "Ikut jer mana2... takde trek.."... aku terus marking kompas(hadiah daripada wife aku!), langkah berjaga-jaga kalau apa2 terjadi. Kami ikut trek ke water pump kebun member kami ni. Tu lah trek terakhir yang kami pasti arah tujuannya. Selepas tu, trek "agak2" nama dia, sebab nampak macam trek tapi bersimpang siuh...
          Kami teruskan jer perjalanan, redah kawasan buluh. Parang sentiasa di tangan, sebab kena tebas apa yang patut. Letihnyer... baru satu jam jalan dah rasa macam berjam-jam lamanyer. Mana taknyer, halangan dia macam larian berhalangan olimpik... atau trailblazer challenge. Asyik2 kena panjat buluh melintang, kalau malas nak panjat, kena merangkak, kekadang sampai tersangkut kat pokok buluh sebab rapat2 semuanyer. Nak tiba mana lah jalan kali ni, bisik hati aku.
          Maghrib pun dah nak menunjukkan tanda2 nya, gelap memang dah lama gelap sebab hutan tu memang rapat2 pokok dia, setakat nak tengok langit, jangan mimpilah. Bila semakin gelap, kami terus bergerak mendekati sungai/jeram, yakin sikit jalan dalam keadaan tu. Kami ikut tepi air, nak panggil jeram pun boleh, sungai pun boleh, kekadang air terjum pun boleh. Berjalan ikut trek camni lagi sukar sebenarnya dan perlu lebih berhati-hati, sebab kami terpaksa panjat batu, gelongsor pada curam, lompat dari batu ke batu(yg ni memang berderau darah sikit). Kami ambil keputusan ikut trek camni bukan apa, nak save energy, sekurang-kurangnyer tak payah tebas pokok nak bergerak dalam hutan tu. Aku masa tu asyik terfikir, kenapalah tak pakai kasut adidas kampung, kan senang takdelah berat sangat kaki ni, asyik nak stop buang pasir dalam kasut jer. Kami kerap crossing sungai tu, tak terkira berapa kali, adakalanya sampai tahap pinggang..... beg sah masuk air. tapi nasib baik deuter aku tu memang kalis air.
          Bila dah masuk maghrib, kami pun berhenti, buat apa yang patut. Aku sempat gak ambil gambar. Tempat kami berhenti tu penuh dengan tapak kaki binatang, dari yang kecil sampai yang besar tapak kaki manusia. Biasalah nak malam, ada makhluk tuhan yang mula aktif masa ni, dan ada yang stand-by nak tidur. Kami berhenti sekejap jer, bila dah hilang penat kami teruskan perjalanan. Masa tu radio hutan mula menghiburkan pengunjung, aku selesa dengan keadaan tu, sebab bunyian hutan yang dibunyikan oleh binatang-binatang ni ibarat sensor dan alarm system buat aku. Lagi kuat lagi bagus, kalau dia mula senyap tu, kena berjaga-jagalah. Kenapa?? sebab itu tanda ada binatang besar yang sedang lalu dekat ngan binatang yang mengeluarkan bunyi tu. Diorang ni macam kita gak, masa kat sekolah dulu, suka buat bising/main2 dalam kelas kalau cikgu takde, HAAA sekali guru besar lalu, senyap sunyi. Heheheheh sesuai ker perumpamaan aku ni, layanlah........
          Trek bertambah sukar, banyak kali terpaksa lintas sungai, meletihkan. Batu kat situ pun licin-licin. Adakalanya kami terpaksa panjat batu besar, yang curam, dan licin. Boleh dikatakan perjalanan kami banyak melalui trek dalam air. Sejuk dah tak terasa sebab sentiasa berjalan, semenjak maghrib kami kurang berhenti sebab keadaan gelap gelita. Keadaan sungai semakin mengecil, keadaannya sekarang dah macam jeram, banyak batu. ADUHHHHH!!! kaki aku tersangkut kat celah batu. Kasut aku dah tersendal celah dua batu yang besar. Aku pun tarik ler sekuat hati.... Wan dah jauh kat depan, dia pun tak perasan keadaan aku masa tu, gelap. Akhirnya aku dapat keluarkan kaki dari celah batu, tapi tapak tertanggal ler pulak...... Nasib baik tali kasut aku panjang, so aku potong dan ikat tapak kasut tadi. Alhamdulillah, takde masalah untuk teruskan perjalanan. Kesukaran lain yang aku alami sepanjang perjalanan ialah disebabkan joran pancing aku. Asyik2 tersangkut kat pokok, tu yg malas nak bawak tu...... last2 joran tu aku jadikan tongkat buat check paras air jeram, berjaga-jaga takut tenggelam lak masa cross nanti... gelappppp, apa2 hal susah nak cerita..... 
          Dengan beg yang besar tu, lalu dalam air macam kapal tanker meredah lautan ler jadinya, slow and steady. Tak terasa penat sangat sebab sejuk dik air. Sambil jalan aku kerap ambil air sungai dan minum. SEEDDAAAAPPPPPP... tak tahulah sebab apa sedap, mungkin sebab kasut Wan yang terendam dalam air kat depan aku masa tu kot.. hehehehhe takdelah... tak mungkin<nak sedapkan hati>.... Akhirnya kami tiba di kawasan yang banyak sarang memerang. Mungkin masa tu diorang dah masuk sarang, tengah makan malam atau "turu" kata orang jawa yang maksudnyer tidur. Kami tak berniat nak mengacau, hanya nak melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan menikmati hidangan ikan sungai yang lazat..... :). Bila tengok keadaan macam ni, menunjukkan tempat tu dah semakin jauh dalam hutan, dan tempat tu memang jarang didatangi manusia. 
          Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, aku dan Wan dah letih. Mula berkira-kira untuk mencari tempat yang sesuai. Tempat yang tinggi dari jeram, kurang pokok dan rata. Jalan dan jalan dan jalan...., masih tak jumpa tempat macam tu. Adoiiiii, mana nak tidur ni. Kami ambil keputusan, panjat tebing berdekatan dan cari tanah rata. Akhirnya kami jumpa tempat yang sesuai, cuma banyak anak pokok kat situ. Apalagi, projek menebas pun bermula. Tebas sikit2 jer, tak sampai 10 minit, kalau 10 jam kira macam nak teroka tanah hutan ler pulak :). Dirikan khemah, pasang tali keliling khemah sebagai alarm sistem dan pasang lampu(kuasa bateri yang dah dimodified). Siap semuanya aku pun cari kayu untuk buat unggun api, aktiviti kegemaran aku. Wan cam biasa masak makan malam kami. Makan nasi, maggi dan sardin..... Sardin???? takper esok sardin dah tak pandang dah, sebab bakal makan ikan tengas bakar.
          Saper tak suka citer suspen baik jangan baca perenggan ni, kita balik semula ke saat selepas aku siap pasang tali dan mula nak cari kayu api. Dalam aku melangkah meninggalkan Wan untuk mencari kayu api di kawasan hutan sekeling khemah kami, aku rasa seperti nampak sesuatu... Jeng...jeng...jeng.... ada orang sedang memerhati...... sepasang mata??? oh tidak, lebih sepuluh pasang rupanya. Aku patah balik dan bisik kat Wan "kita dah salah pilih tempat ni, kampung orang ni.....khemah dah pasang.. camner???". Kami buat keputusan dengan memberanikan diri suluh tempat "mata2" tu. Bila suluh jer hilang..... Alamak!!!.... suluh jer hilang.... Adoiii..... Majoritinya tak bergerak. Takleh jadi, kena gi dekat, pastikan apa bende tu. Ambil parang, kami jalan ke arah "mata2" tu.... Dup! Dap!...Dup! Dap!... jantung masa tu cam graf CPU Utilization 100%, mungkin 110%. Kalau tak buat camni, macamana kami nak tahu yang tempat kami dirikan khemah tu selamat, dan pasti yang paling penting nyawa kami selamat!!!!!! Suluh, hilang gak... dah dekat dah ni tapi tak nampak bentuk apa pun, yang ada cuma mata!!!! Kami jalan dekat lagi, dan lagi........... dan............. Laaaaaaaaaaaaaaaa....... lumut kat atas daun pokok, padan ler tak bergerak, kalau gerak pun sikit2 jer. Lumut tu leh pantulkan cahaya warna merah bila dalam gelap. Aku terus tarik nafas lega....... Lepas tu kami teruskan aktiviti cari kayu dan masak.... Makan dengan penuh selera, lepas tu basuh pinggan dan peralatan memasak, periuk, bekas air, dan sudu gantung kat tali jadi alarm system. Kami mungkin tertidur jam 12 @ 1 pagi setelah sesi berborak tepi unggun api selesai. ZZZzzzzzzzzzzzz tidur mati..... letih woooooo...... jari kaki dah kecut mecut, sebab trek dalam air..... Sebelum terlelap aku masih terbayang “mata2” yang aku nampak tadi, kalaulah.... “apa agaknyer keadaan aku ngan Wan masa ni....” :)
          Bangun pagi, aku sorang jer dalam khemah..... EHH!! mana lak si Wan ni??? aku keluar dari khemah, puas cari keliling khemah dia takde.... ermmm memerut kot, aku gi basuh muka dan gosok gigi kat jeram... laaaaa si Wan dah memulakan aktiviti memancing, penutup mata masa tidur ada kat atas dahi lagi. Kemaruk memancing ker apa ni??? Aku gi kat khemah, ambil kemera dan ambil gambar orang yang kemaruk memancing ni :). Lepas ambil gambar, aku panggil Wan untuk sarapan, ala kadar jer, roti dan scramble egg dan sardin... sardin lagi.... nescafe terbaikkkk... Sambil makan kami dihiburkan dengan gelagat bapak dan emak memerang yang bawa anak-anak gi cari makanan. Syok tengok diorang buat diving masuk dalam air. Memerang dewasa akan tunggu sehingga semua anak2 mereka terjun baru dia akan terjun. Ruginya sebab kamera takde di tangan, tak sempat nak ambil gambar.
          Jam 8.00 pagi, selepas mengemas peralatan perkhemahan, kami mulakan perjalanan untuk pergi lebih jauh lagi. Trek masih sama seperti malam tadi, cuma lebih mudah kerana waktu siang. Berjalan satu jam setengah kami jumpa tempat yang strategik untuk memancing. Pada pandangan mata aku tempat ni unik, sebab ada lubuk yang airnya mengalir dan berkeadaan macam kolam, atasnya ada dua batu besar yang air mengalir deras diantaranya. Cantik tempat ni, boleh nampak langit, keadaan hutan sekeliling pun tak pernah diganggu, hutan dara. Kami pun letak beg dan mengeluarkan peralatan yang perlu. Aku dengar bunyi bende jatuh dalam air, alamak!!!!! joran Wan jatuh dalam lubuk tu.... dugaannn.... kami cari kayu yang bersesuaian untuk kait joran tu, dan akhirnya berjaya dinaikkan. Kalau tak pasti kena tidur satu malam lagi...... hehehhe...
          Sebelum memulakan aktiviti memancing, kami masak air dulu. Untuk ambil air aku gunakan bekas air yang aku ikat ngan tali, supaya senang aku nak ambil air dari tempat duduk kami diatas batu besar. Masa aku baling bekas air dalam lubuk tu, dan tarik naik ke atas, Fuhhhhhhhhh!!!!!! ikan-ikan kat dalam lubuk tu berenang untuk jauhkan diri dari bekas air, banyak betul ikan.......... Besar2!!! Wahhhhh!!! Semangat kami berkobar-kobar nak memulakan aktiviti memancing. Aku cakap ngan Wan “kita lunch dengan tengas ari ni...” Selesai minum nescafe, kami mulakan aktiviti memancing, Wan yang mulakan dulu letak umpan di mata kail. Dia letak pancing dalam lubuk, tak sempai 1 minit, dia berjaya menangkap seekor ikan.... Mak aaiiiiiiii..... ganasnyerrrr..... rekod terpantas di abad ini. Hheheheheheh dia tersenyum puas, dan meminta aku ambil gambar.
          Selesai ambil gambar, turn aku lak cuba nasib kat lubuk tu.... AHHAHAHAHAHA aku pun catat rekod yang sama....... letak jer pancing terus kena tarik.... puasssssss..... ambil gambar gak. Kami pun dengan senang hati, sambung balik aktiviti memancing. Kami tunggu mata kail ditarik ikan, kami tunggu, dan tunggu........ tunggu dan tunggu....................... dan..... aikkk dah sejam setengah... tak dapat seekor punnnn.... :(
          Jam menunjukkan jam 11.30, kami berhenti dan mula memasak “hasil-hasil” tangkapan. 2 ekor ikan tengas dan sardin...... buat scramble egg untuk menambah lauk. Hehehehehe impian untuk makan ikan sahaja terpaksa dilupakan, alahamdulillah cukup untuk lunch hari tu. Syukur..... Antara isi perbincangan aku ngan Wan kat situ, “lain kali nak pancing kat sini kena niat nak bagi makan anak isteri sekali kalau boleh sekampung, baru dapat banyak, kalau setakat nak lunch, cukup2 jer dia bagi”... “siapa lak yang ajar ikan2 ni erk?????”..... “ada yang jaga ke lubuk ni???? ikan banyak, tapi dapat 2 ekor, dengan rekod tak sampai seminit, pelik”.... “lain kali datang kita bawa jala, atau bom ikan!!!! gurau jer”...... “tak berani nak menyelam dalam lubuk tu!!!”.

           Pukul 12.30 tengahari kami bersiap untuk perjalanan balik. Kami lalu trek yang sama macam semalam, cuma tak lalu trek buluh, sebab takut tiba lewat di starting point. Kami ikut jer dalam air, letih memang takleh nak gambarkan. 6 jam berjalan dengan kurangkan berhenti, sebab nak kejar waktu takut trekking waktu malam. Beg bertambah berat sebab ada peralatan khemah yang dah basah. Memang menduga mental dan fizikal pengembaraan kali ni. Tapi kami bersyukur kerana tidak ada perkara musibah yang berlaku. Alhamdulillah.
           Tiba di tempat starting point, kawan kami dah menunggu, “lambat sikit lagi, aku nak call polis” dia kata. Dia risau sebab kami janji balik jam 5 petang, tapi dah dekat kul 7 petang baru sampai. Dia kata ada orang asli yang masuk cari barang hutan, patah balik sebab jumpa bapak Maybank. Ye ker??? saja jer nak takutkan aku ngan Wan ler tu. Sebab masa nak masuk semalam dia kata jarang2 orang jumpa. Aku ngan Wan saling pandang antara satu sama lain... hehehehhe.
           Malam tu kami bertiga makan malam bersama di Bangi Lama, sambil berbincang aktiviti memancing, nyuluh dan sebagainyer. Aku sebenarnya bukanlah kaki pancing, tapi aku lebih kepada ikhtiar hidup, lagipun makan ikan sungai sedappppp.... ikan sungai dan ikan darat yang ada dijual di pasar berbeza rasa dia. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kami masih lagi berbincang berkenaan “keistimewaan” lubuk yang kami jumpa pagi tadi........ Istimewa2... kenapa aku tak terfikir nak ambil gambar lubuk tu!!..........