Aku masih ingat, malam tu aku telefon
Wan, bertanyakan "projek" terbaik yang boleh dibuat pada
esok hari. Macam biasa, Wan mungkin dah lali dengan perangai aku yang
selalu tetiba ajak buat aktiviti tanpa plan ni, walaupun dah bekerja
dan berkeluarga. Kami sebenarnya dah berkawan semenjak di
universiti(1997) lagi. Masa di universiti, aku ada 5-6 geng yang
selalu buat aktiviti yang memang takde plan, termasuk Wan. Contoh:
duk tepi padang depan kolej, nampak bas metro kami terus naik bas tu.
Dengan pakai selipar jepun, baju tak aper2 tah, sampai Kuala Lumpur,
dengan duit kat kocek berapa sen sangat, enjoy jalan2 dan ngeteh2...
masa tu aku rambut panjang, kurus "keding", suka pakai
jeans koyak, sekali pandang pun orang tak lalu nak tengok...
lantaklah asal enjoy.... kekadang tu, esok ada ujian, malam aku gi
layan snooker sampai 3-4 pagi. Pagi masa ujian, tengok paper soalan
pun warna hijau-biru-kuning-merah-coklat-hitam-pink macam meja &
bola snooker. Wan antara kawan aku yg mula2 bawa motor ke universiti,
fuhhh hebat mamat ni. So motor dia selalu jadi mangsa kena pinjam
member2 cam aku ni, heheheh. Tapi dia tak kisah pun..."kan Wan
kan.." tapi tak tahulah kalau dia meluat ngan aku.... heheheeh.
Kalau gi umah dia paling best mandi sungai sebelah rumah jer, bersih
lak tu, Baling, Kedah memang tak tercemar lagi....
Sambung balik kisah malam tu, Wan jawab
ngan aku, "tengoklah dulu, camner esok..bla...bla.... tunggu aku
call pagi esok...". Hehehehehe kalau "tengoklah" tu,
mesti ada peluang masuk hutan esok. Aku tahu Wan memang busy sebab
dia ada syarikat kontraktor sendiri. Esoknya aku tunggu panggilan
dari Wan, pagi takde call pun...... alamak takde projek masuk hutan
ler ni. Sebelah petang jam 2.15 petang, Wan call, ayat pertama dia
"kenapa tak call aku... bla..bla...bla...". Tapi yang
paling penting ayat dia dalam telefon, "jom gi masuk hutan
mana-mana...". Pada mulanya aku cadang Gunung Angsi, tapi tak
jadi sebab dah kul 2.30 petang, mana sempat nak sampai puncak.
Bincang punya bincang... kami decide gi Hutan Simpan Selangor kat
Semenyih, belakang empangan Semenyih. Nama tempat tu Sungai Batang
Si, sebab kat situ ada kawan yang buka tanah, teroka hutan untuk
jadikan kebun. Kebun dia betul2 paling hujung tanah teroka, so senang
nak parking kereta. Tapi masalahnyer takde guide, sebab Wan ada plan
nak memancing ikan sungai. Dah terbayang manisnya rasa ikan tengas
bakar.... nyam3... Selalunya nak cari lubuk kena pakai guide sebab
hutan simpan ni yang memang takde trek. Ayat kami yang terakhir
"redah jer... kompas kan ada". Selesai siapkan peralatan
dan perkakasan yang diperlukan, aku terus gi ambil Wan kat umah dia.
Lebih kurang pukul 4.30 petang kami tiba di Semenyih dan cari kedai
makan, tak lunch lagi. Ngap dulu, kiranya itulah makanan bertamadun
terakhir yang kami akan jumpa hari tu.
Perjalanan diteruskan, sampai di tanah
kebun teroka kawan kami tu dalam kul 5.30 petang. Dia sambut kami
dengan senyuman dan kopi yang sedap. "Berdua jer???? Biar
betul!!!"
Dia ajak kami tinggal di rumah
persinggahan yang dibina oleh orang asli pakai kayu hutan, dua
tingkat, memang cantik. Malam dia janji nak ajak gi "nyuluh"......
Meskipun tawaran tu memang sangat-sangat menarik, terutama dapat gi
nyuluh, paling kurang dapat makan pelanduk sekor-dua, tapi kami nak
teruskan juga niat untuk masuk hutan Sungai Batang Si, dah
niatkan.... Tanya kat dia tentang binatang-binatang yang selalu orang
jumpa kat area hutan tu, dia kata biasanya jarang jumpa yang kita tak
nak jumpa tu..... Apa tu?? faham2 ler sendiri..
Dalam pukul 5.30 langkah dimulakan
untuk masuk dalam hutan. "Nak ikut mana ni???" soalan kami
pada dia. "Ikut jer mana2... takde trek.."... aku terus
marking kompas(hadiah daripada wife aku!), langkah berjaga-jaga kalau
apa2 terjadi. Kami ikut trek ke water pump kebun member kami ni. Tu
lah trek terakhir yang kami pasti arah tujuannya. Selepas tu, trek
"agak2" nama dia, sebab nampak macam trek tapi bersimpang
siuh...
Kami teruskan jer perjalanan, redah
kawasan buluh. Parang sentiasa di tangan, sebab kena tebas apa yang
patut. Letihnyer... baru satu jam jalan dah rasa macam berjam-jam
lamanyer. Mana taknyer, halangan dia macam larian berhalangan
olimpik... atau trailblazer challenge. Asyik2 kena panjat buluh
melintang, kalau malas nak panjat, kena merangkak, kekadang sampai
tersangkut kat pokok buluh sebab rapat2 semuanyer. Nak tiba mana lah
jalan kali ni, bisik hati aku.
Maghrib pun dah nak menunjukkan tanda2
nya, gelap memang dah lama gelap sebab hutan tu memang rapat2 pokok
dia, setakat nak tengok langit, jangan mimpilah. Bila semakin gelap,
kami terus bergerak mendekati sungai/jeram, yakin sikit jalan dalam
keadaan tu. Kami ikut tepi air, nak panggil jeram pun boleh, sungai
pun boleh, kekadang air terjum pun boleh. Berjalan ikut trek camni
lagi sukar sebenarnya dan perlu lebih berhati-hati, sebab kami
terpaksa panjat batu, gelongsor pada curam, lompat dari batu ke
batu(yg ni memang berderau darah sikit). Kami ambil keputusan ikut
trek camni bukan apa, nak save energy, sekurang-kurangnyer tak payah
tebas pokok nak bergerak dalam hutan tu. Aku masa tu asyik terfikir,
kenapalah tak pakai kasut adidas kampung, kan senang takdelah berat
sangat kaki ni, asyik nak stop buang pasir dalam kasut jer. Kami
kerap crossing sungai tu, tak terkira berapa kali, adakalanya sampai
tahap pinggang..... beg sah masuk air. tapi nasib baik deuter aku tu
memang kalis air.
Bila dah masuk maghrib, kami pun
berhenti, buat apa yang patut. Aku sempat gak ambil gambar. Tempat
kami berhenti tu penuh dengan tapak kaki binatang, dari yang kecil
sampai yang besar tapak kaki manusia. Biasalah nak malam, ada makhluk
tuhan yang mula aktif masa ni, dan ada yang stand-by nak tidur. Kami
berhenti sekejap jer, bila dah hilang penat kami teruskan perjalanan.
Masa tu radio hutan mula menghiburkan pengunjung, aku selesa dengan
keadaan tu, sebab bunyian hutan yang dibunyikan oleh
binatang-binatang ni ibarat sensor dan alarm system buat aku. Lagi
kuat lagi bagus, kalau dia mula senyap tu, kena berjaga-jagalah.
Kenapa?? sebab itu tanda ada binatang besar yang sedang lalu dekat
ngan binatang yang mengeluarkan bunyi tu. Diorang ni macam kita gak,
masa kat sekolah dulu, suka buat bising/main2 dalam kelas kalau cikgu
takde, HAAA sekali guru besar lalu, senyap sunyi. Heheheheh sesuai
ker perumpamaan aku ni, layanlah........
Trek bertambah sukar, banyak kali
terpaksa lintas sungai, meletihkan. Batu kat situ pun licin-licin.
Adakalanya kami terpaksa panjat batu besar, yang curam, dan licin.
Boleh dikatakan perjalanan kami banyak melalui trek dalam air. Sejuk
dah tak terasa sebab sentiasa berjalan, semenjak maghrib kami kurang
berhenti sebab keadaan gelap gelita. Keadaan sungai semakin mengecil,
keadaannya sekarang dah macam jeram, banyak batu. ADUHHHHH!!! kaki
aku tersangkut kat celah batu. Kasut aku dah tersendal celah dua batu
yang besar. Aku pun tarik ler sekuat hati.... Wan dah jauh kat depan,
dia pun tak perasan keadaan aku masa tu, gelap. Akhirnya aku dapat
keluarkan kaki dari celah batu, tapi tapak tertanggal ler pulak......
Nasib baik tali kasut aku panjang, so aku potong dan ikat tapak kasut
tadi. Alhamdulillah, takde masalah untuk teruskan perjalanan.
Kesukaran lain yang aku alami sepanjang perjalanan ialah disebabkan
joran pancing aku. Asyik2 tersangkut kat pokok, tu yg malas nak bawak
tu...... last2 joran tu aku jadikan tongkat buat check paras air
jeram, berjaga-jaga takut tenggelam lak masa cross nanti...
gelappppp, apa2 hal susah nak cerita.....
Dengan beg yang besar tu,
lalu dalam air macam kapal tanker meredah lautan ler jadinya, slow
and steady. Tak terasa penat sangat sebab sejuk dik air. Sambil jalan
aku kerap ambil air sungai dan minum. SEEDDAAAAPPPPPP... tak tahulah
sebab apa sedap, mungkin sebab kasut Wan yang terendam dalam air kat
depan aku masa tu kot.. hehehehhe takdelah... tak mungkin<nak
sedapkan hati>.... Akhirnya kami tiba di kawasan yang banyak
sarang memerang. Mungkin masa tu diorang dah masuk sarang, tengah
makan malam atau "turu" kata orang jawa yang maksudnyer
tidur. Kami tak berniat nak mengacau, hanya nak melihat keindahan
alam ciptaan tuhan dan menikmati hidangan ikan sungai yang lazat.....
:). Bila tengok keadaan macam ni, menunjukkan tempat tu dah semakin
jauh dalam hutan, dan tempat tu memang jarang didatangi manusia.
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, aku
dan Wan dah letih. Mula berkira-kira untuk mencari tempat yang
sesuai. Tempat yang tinggi dari jeram, kurang pokok dan rata. Jalan
dan jalan dan jalan...., masih tak jumpa tempat macam tu. Adoiiiii,
mana nak tidur ni. Kami ambil keputusan, panjat tebing berdekatan dan
cari tanah rata. Akhirnya kami jumpa tempat yang sesuai, cuma banyak
anak pokok kat situ. Apalagi, projek menebas pun bermula. Tebas
sikit2 jer, tak sampai 10 minit, kalau 10 jam kira macam nak teroka
tanah hutan ler pulak :). Dirikan khemah, pasang tali keliling khemah
sebagai alarm sistem dan pasang lampu(kuasa bateri yang dah
dimodified). Siap semuanya aku pun cari kayu untuk buat unggun api,
aktiviti kegemaran aku. Wan cam biasa masak makan malam kami. Makan
nasi, maggi dan sardin..... Sardin???? takper esok sardin dah tak
pandang dah, sebab bakal makan ikan tengas bakar.
Saper tak suka citer suspen baik jangan
baca perenggan ni, kita balik semula ke saat selepas aku siap pasang
tali dan mula nak cari kayu api. Dalam aku melangkah meninggalkan Wan
untuk mencari kayu api di kawasan hutan sekeling khemah kami, aku
rasa seperti nampak sesuatu... Jeng...jeng...jeng.... ada orang
sedang memerhati...... sepasang mata??? oh tidak, lebih sepuluh
pasang rupanya. Aku patah balik dan bisik kat Wan "kita dah
salah pilih tempat ni, kampung orang ni.....khemah dah pasang..
camner???". Kami buat keputusan dengan memberanikan diri suluh
tempat "mata2" tu. Bila suluh jer hilang..... Alamak!!!....
suluh jer hilang.... Adoiii..... Majoritinya tak bergerak. Takleh
jadi, kena gi dekat, pastikan apa bende tu. Ambil parang, kami jalan
ke arah "mata2" tu.... Dup! Dap!...Dup! Dap!... jantung
masa tu cam graf CPU Utilization 100%, mungkin 110%. Kalau tak buat
camni, macamana kami nak tahu yang tempat kami dirikan khemah tu
selamat, dan pasti yang paling penting nyawa kami selamat!!!!!!
Suluh, hilang gak... dah dekat dah ni tapi tak nampak bentuk apa pun,
yang ada cuma mata!!!! Kami jalan dekat lagi, dan lagi...........
dan............. Laaaaaaaaaaaaaaaa....... lumut kat atas daun pokok,
padan ler tak bergerak, kalau gerak pun sikit2 jer. Lumut tu leh
pantulkan cahaya warna merah bila dalam gelap. Aku terus tarik nafas
lega....... Lepas tu kami teruskan aktiviti cari kayu dan masak....
Makan dengan penuh selera, lepas tu basuh pinggan dan peralatan
memasak, periuk, bekas air, dan sudu gantung kat tali jadi alarm
system. Kami mungkin tertidur jam 12 @ 1 pagi setelah sesi berborak
tepi unggun api selesai. ZZZzzzzzzzzzzzz tidur mati..... letih
woooooo...... jari kaki dah kecut mecut, sebab trek dalam air.....
Sebelum terlelap aku masih terbayang “mata2” yang aku nampak
tadi, kalaulah.... “apa agaknyer keadaan aku ngan Wan masa ni....”
:)
Bangun pagi, aku sorang jer dalam
khemah..... EHH!! mana lak si Wan ni??? aku keluar dari khemah, puas
cari keliling khemah dia takde.... ermmm memerut kot, aku gi basuh
muka dan gosok gigi kat jeram... laaaaa si Wan dah memulakan aktiviti
memancing, penutup mata masa tidur ada kat atas dahi lagi. Kemaruk
memancing ker apa ni??? Aku gi kat khemah, ambil kemera dan ambil
gambar orang yang kemaruk memancing ni :). Lepas ambil gambar, aku
panggil Wan untuk sarapan, ala kadar jer, roti dan scramble egg dan
sardin... sardin lagi.... nescafe terbaikkkk... Sambil makan kami
dihiburkan dengan gelagat bapak dan emak memerang yang bawa anak-anak
gi cari makanan. Syok tengok diorang buat diving masuk dalam air.
Memerang dewasa akan tunggu sehingga semua anak2 mereka terjun baru
dia akan terjun. Ruginya sebab kamera takde di tangan, tak sempat nak
ambil gambar.
Jam 8.00 pagi, selepas mengemas
peralatan perkhemahan, kami mulakan perjalanan untuk pergi lebih jauh
lagi. Trek masih sama seperti malam tadi, cuma lebih mudah kerana
waktu siang. Berjalan satu jam setengah kami jumpa tempat yang
strategik untuk memancing. Pada pandangan mata aku tempat ni unik,
sebab ada lubuk yang airnya mengalir dan berkeadaan macam kolam,
atasnya ada dua batu besar yang air mengalir deras diantaranya.
Cantik tempat ni, boleh nampak langit, keadaan hutan sekeliling pun
tak pernah diganggu, hutan dara. Kami pun letak beg dan mengeluarkan
peralatan yang perlu. Aku dengar bunyi bende jatuh dalam air,
alamak!!!!! joran Wan jatuh dalam lubuk tu.... dugaannn.... kami cari
kayu yang bersesuaian untuk kait joran tu, dan akhirnya berjaya
dinaikkan. Kalau tak pasti kena tidur satu malam lagi......
hehehhe...
Sebelum memulakan aktiviti memancing,
kami masak air dulu. Untuk ambil air aku gunakan bekas air yang aku
ikat ngan tali, supaya senang aku nak ambil air dari tempat duduk
kami diatas batu besar. Masa aku baling bekas air dalam lubuk tu, dan
tarik naik ke atas, Fuhhhhhhhhh!!!!!! ikan-ikan kat dalam lubuk tu
berenang untuk jauhkan diri dari bekas air, banyak betul
ikan.......... Besar2!!! Wahhhhh!!! Semangat kami berkobar-kobar nak
memulakan aktiviti memancing. Aku cakap ngan Wan “kita lunch dengan
tengas ari ni...” Selesai minum nescafe, kami mulakan aktiviti
memancing, Wan yang mulakan dulu letak umpan di mata kail. Dia letak
pancing dalam lubuk, tak sempai 1 minit, dia berjaya menangkap seekor
ikan.... Mak aaiiiiiiii..... ganasnyerrrr..... rekod terpantas di
abad ini. Hheheheheheh dia tersenyum puas, dan meminta aku ambil
gambar.
Selesai ambil gambar, turn aku lak cuba
nasib kat lubuk tu.... AHHAHAHAHAHA aku pun catat rekod yang
sama....... letak jer pancing terus kena tarik.... puasssssss.....
ambil gambar gak. Kami pun dengan senang hati, sambung balik aktiviti
memancing. Kami tunggu mata kail ditarik ikan, kami tunggu, dan
tunggu........ tunggu dan tunggu....................... dan.....
aikkk dah sejam setengah... tak dapat seekor punnnn.... :(
Jam menunjukkan jam 11.30, kami
berhenti dan mula memasak “hasil-hasil” tangkapan. 2 ekor ikan
tengas dan sardin...... buat scramble egg untuk menambah lauk.
Hehehehehe impian untuk makan ikan sahaja terpaksa dilupakan,
alahamdulillah cukup untuk lunch hari tu. Syukur..... Antara isi
perbincangan aku ngan Wan kat situ, “lain kali nak pancing kat sini
kena niat nak bagi makan anak isteri sekali kalau boleh sekampung,
baru dapat banyak, kalau setakat nak lunch, cukup2 jer dia bagi”...
“siapa lak yang ajar ikan2 ni erk?????”..... “ada yang jaga ke
lubuk ni???? ikan banyak, tapi dapat 2 ekor, dengan rekod tak sampai
seminit, pelik”.... “lain kali datang kita bawa jala, atau bom
ikan!!!! gurau jer”...... “tak berani nak menyelam dalam lubuk
tu!!!”.
Pukul 12.30 tengahari kami bersiap
untuk perjalanan balik. Kami lalu trek yang sama macam semalam, cuma
tak lalu trek buluh, sebab takut tiba lewat di starting point. Kami
ikut jer dalam air, letih memang takleh nak gambarkan. 6 jam berjalan
dengan kurangkan berhenti, sebab nak kejar waktu takut trekking waktu
malam. Beg bertambah berat sebab ada peralatan khemah yang dah basah.
Memang menduga mental dan fizikal pengembaraan kali ni. Tapi kami
bersyukur kerana tidak ada perkara musibah yang berlaku.
Alhamdulillah.
Tiba di tempat starting point, kawan
kami dah menunggu, “lambat sikit lagi, aku nak call polis” dia
kata. Dia risau sebab kami janji balik jam 5 petang, tapi dah dekat
kul 7 petang baru sampai. Dia kata ada orang asli yang masuk cari
barang hutan, patah balik sebab jumpa bapak Maybank. Ye ker??? saja
jer nak takutkan aku ngan Wan ler tu. Sebab masa nak masuk semalam
dia kata jarang2 orang jumpa. Aku ngan Wan saling pandang antara satu
sama lain... hehehehhe.
Malam tu kami bertiga makan malam
bersama di Bangi Lama, sambil berbincang aktiviti memancing, nyuluh
dan sebagainyer. Aku sebenarnya bukanlah kaki pancing, tapi aku lebih
kepada ikhtiar hidup, lagipun makan ikan sungai sedappppp.... ikan
sungai dan ikan darat yang ada dijual di pasar berbeza rasa dia.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kami masih lagi berbincang
berkenaan “keistimewaan” lubuk yang kami jumpa pagi tadi........
Istimewa2... kenapa aku tak terfikir nak ambil gambar lubuk
tu!!..........
salam tuan.. sg batangsi ada service 4x4 x utk masuk port kelah? sbb ada dpt contact utk 4x4 tu..takut scam je
ReplyDeleteSalam....maaf saya x pasti ttg service 4x4 tu. maaf juga sebab reply lambat.
DeleteWow cam best je tmpat tu...boleh bawak saya pergi tak...
ReplyDelete