Sunday, April 22, 2012

Pantai Bisikan Bayu, Besut (1992)

Pantai Bisikan Bayu................................. memang sayu bila teringat peristiwa kat pantai ni..... sayu bukan kerana sedih, tetapi sayu kerana pengalaman yang kami lalui di pantai ni sangat berlainan dengan pengalaman di tempat2 yang lain. Ayah sampai sekarang masih tak dapat nak lupakan peristiwa TU!!! HEHHEHHEHEH.... apa peristiwa tu sebenarnya???
Kami tiba di Pantai Bisikan Bayu waktu sudah pun malam, kami mengambil masa yang singkat untuk memilih tempat yang bersesuaian untuk bermalam. Kami berasa sangat penat kerana kami di dalam pengembaraan mengelilingi semenanjung Malaysia. Sudah lebih 4 hari 3 malam kami mengembara,nak pusing2 cari tempat tidur.... ermmmm letih. Didalam pencarian yang singkat ini, kami mengambil keputusan untuk memilih tapak berdekatan dengan tapak perkhemahan kumpulan yang kami sangkakan pengakap sekolah rendah.
     Setelah turun dari motor, kami terus menurunkan peralatan yang perlu untuk mendirikan khemah. Pada ketika itu bermulalah aktiviti berkenalan bersama kumpulan yang kami sangkakan pengakap tadi. Rupa-rupanya mereka bukanlah pengakap, tetapi kumpulan sahabat dari kampung berdekatan. Malam itu khemah kami cukup meriah, kawan-kawan baru kami cukup baik, dengan membantu memasang khemah, menyediakan minuman air kelapa yang cukup menyegarkan..... terima kasih, itu sahaja yang dapat aku katakan kerana keadaan penat tidak membolehkan aku beramah mesra dengan mereka dengan lebih dekat lagi. Bukan setakat meriah dengan sambutan "hangat" mereka, khemah kami juga terang benderang dengan cahaya api unggun yang cukup besar!!!!  "dari manalah diorang ni dapat kayu yang banyak macam tu???"
     Aku bangun tidur awal pada sebelah pagi, kerana kawan-kawan kami sudah mula aktif mengemas peralatan mereka untuk pulang. Ayah seperti biasa sudah siapkan sarapan di awal pagi, dan menandakan aku kena bersiap untuk bergerak.
     Sebelum kami mula bergerak, kami didatangi oleh seorang pakcik yang lebih muda dari ayah. Gayanya seperti tukang kebun yang menyelenggara kawasan itu. Belum sempat kami menyapa pakcik tu, dia dah bersuara " siapa ketua kat sini??!!!" dengan gaya marah. Pertanyaan tu membuatkan kami tersenyap. "Yang tua pun tak tahu nak nasihatkan bebudak ni!!!.... habis kayu-kayu pengikat pokok bunga di curi, pokok kelapa di takik, rosak taman bunga..... bla.... bla.... bla.... ". Kalau aku ialah aku ketika aku berumur 20 tahun, masak pakcik tu aku "basuh". Berani dia "sound" ayah aku yang tak tahu apa-apa pun pasal bebudak yang lain tu. Aku pun baru 15 tahu masa tu... hanya patuh cakap ayah. Ayah hanya tersenyum, kami teruskan kerja menyiapkan barang untuk berangkat pergi. Ayah tak menjawab pun... Sabar2... Sebelum memulakan perjalanan ayah ajak aku gi salam pakcik tadi tu.... so aku pun salam ler, tapi dalam hati yang penuh kebencian kat pakcik tu. Mana tahan woooooo...... kena maki sesedap rasa jer.... bukan kami nyer angkara lak tu..... Budak semukim pakcik tu jugak yang buat keje.
     Meskipun peristiwa ni sangat "sayu" untuk diingat, tetapi ia menjadi bahan jenaka aku dan ayah. Cukup kagum aku dengan sikap ayah, dah kena camtu pun leh rileks lagi. Terus terang kalau aku jumpa pakcik aku tu masa zaman "kejahilan" aku, mahu kena "balik".... Namun tindakan ayah banyak mengajar aku, dan akan diingat hingga ke hari ini, dan sampai bila-bila.
     Persoalan yang bermain di kepala aku malam tu pun terjawab, tentang kayu-kayu yang mereka bakar malam tu... dan rupanya air kelapa yang aku minum tu hasil "tangkapan" mereka kat dalam taman tu... diorang ni pun satu yang gi takik pokok kelapa tu buat apa??&*&&** panjat je ler.....

No comments:

Post a Comment