Wednesday, April 11, 2012

Pulau Langkawi (1992)

Pulau Legenda....... pertama kali aku memijak bumi legenda ni semasa tingkatan 3, tahun 1992. Pada ketika tu aku singgah di pulau ni semasa ekspedisi jelajah semenanjung Malaysia berdua bersama ayah(Sesi memperingati ekspedisi jelajah ayah bersama abang long). Cukup berbeza langkawi dahulu dan sekarang. Aku berpeluang jelajah ke seluruh Langkawi kerana kami bawa motor sekali ke sana.
Nak cerita pasal bawa motor ke pulau ni memang menarik, sebab masa tu kami terpaksa menggunakan perkhidmatan bot yang boleh bawa motor bersama dengan bagasi penumpang. Motor akan diikat diatas bot dan terletak di bahagian hadapan bot. Terbayang kat kepala aku masa tu kalau ada ombak besar mungkin motor akan "terjun" ke dalam laut. Aku ingat lagi masa kami menaiki bot ada sekumpulan polis trafik yang sama2 ingin menaikkan motor mereka diatas bot. Disebabkan motor mereka besar tak macam motor kami yg kapcai sahaja, so ramai lah tenaga manusia yang digunakan untuk menjayakan misi ini. Lambat gak nak tunggu mereka2 ni.... tapi dapat membantu mengurangkan kerisauan kami tentang kemungkinan2 motor jatuh dalam laut kerana kesemua motor yang ada di atas bot akan diikat bersama. Bila bertambah berat maka bertambah stabil, namun kalau terjatuh makan jatuh lah mereka seperti luncai dan labu2nyer.... :) alhamdulillah semuanya selamat.
Setibanya kami di tanak legenda ini ayah dah mula menyusun misi menjejak jalan2 yang perlu diterokai. Diakui pada masa tu jalan takdelah sehebat jalan2 pada masa ini(2012), kebanyakannya jalan kampung. Semasa mengikuti jalan tepi pantai kami masuk ke simpang 3 sebelah kiri menuju ke Pantai Pasir Tengkorak!!! fuhhh nama jer mengerikan tapi view dia mabelessss....... rasa cam nak lepak sampai malam kat situ, tapi misi jelajah perlu diteruskan. Kami masuk lebih dalam lagi hingga datai, senario yg cukup aku minat sebab ada air terjun, hutan(yang membuatkan kami asyik berfikir berpatah balik,takde makhluk kat situ). Memang kena patah balik sebab jalan mati dan bentuk muka bumi yang curam sampai motor kapcai pun meneran nak naik. Sekarang ni tempat tu dah ada Gua Langkawi dan Datai Resort yg ber"star"2 ratingnyer... Setelah selesai menjelajah pulau melalui jalan tepi pantai, kami "potong" pulau melalui jalan tengah... kat sini kami mula cuba mengenali aktiviti orang kampung. Ada sawah, cantikkkk... Dan bermula juga sesi berkenalan dengan wanita ayu langkawi bernama MAHSURI. Cuma bezanya pada ketika itu tidaklah sekomersil sekarang ni. Beras terbakar yang masih banyak di atas bumi bukan cam sekarang ni... nak jumpa sebutir pun kena berpeluh sebab berjemur tengah panas... heheheheh.
Pengembaraan kami bersifat survivor, so malam tu kami tidur di tepi pantai... disebabkan hujan kami dirikan khemah di dalam gazebo.... cukup selesa sebab tak terasa pun kat luar tu hujan..... tidur cukup nyenyak dibuai bunyi ombak... dan kerana kepenatan setelah 2 hari 2 malam mengembara dari Muar, Johor.

to be continue.............

1 comment:

  1. sambung la bro..cam best jaa..aku pon nak travel guna motor ke perlis.boleh tau berapa harga bawak motor ke langkawi?

    ReplyDelete